Konvensyen 4life Korea 2017

By Shukri - 22:32

Alhamdulillah, akhirnya dapat menjejak kaki ke Korea melalui insentif yang disediakan oleh 4life. Semua tiket dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh 4life

Kami memilih untuk menginap secara Backpacker. Jadi kami memilih Hangang Guesthouse di Incheaon. Alhamdulillah, hari pertama kelam kabut sikit sebab tak tau cara nak pegi ke guesthouse dari Airport. Jadi kami telah menyewa Portable Wifi dengan harga RM200 semasa di airport Incheaon. Google Maps memang banyak membantu menunjukkan jalan sama ada menggunakan subway atau bas. Hanya perlu membeli TCard sahaja.

Hangang Guesthouse memang menyediakan pantry untuk memasak, air minuman dan mikrowave. Cuma kami tak bawa banyak stok makanan dari Malaysia. Jadi nasihat saya kepada anda yang nak travel, bagus bawa banyak sikit makanan segera seperi nasi goreng Brahim yang hanya perlu dimasak menggunak mikrowave je.
Makanan di Korea agak mahal le. Sepingan nasi atau hidangan berat lebih kurang RM40 sepinggan. Jadi bayangkan la kalau 5 hari kat sana, confirm lari bajet. Jadi pandai-pandai le bawak bekal ye.

Hari Pertama dan Kedua Bersama-sama di Konvensyen 4life di Songdo

Perjalanan Nami Island. Tengah tanya Guard, nasib baik dia baik hati tolong belikan tiket bas Express ke Jeti.





  • Share:

You Might Also Like

0 comments