Riang Ria Raya Bersama Winners Kuala Lumpur

By Shukri - 14:14


22 Julai 2016 (Jumaat), Winners Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya di Pejabat 4life Petaling Jaya. Tujuan majlis sambutan hari raya tersebut bagi mengeratkan silaturahim di kalangan keluarga winners 4life dan juga bertukar-tukar hadiah.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Tuan GID Rasid Kamisan dan Isterinya Pn Hasnita. Terima kasih kerana sudi hadir. Acara dimulakan dengan Bacaan doa selamat oleh QD Hazaruddin dan diteruskan dengan bacaan marhaban beramai-ramai. 

Aktiviti seterusnya ialah Perkongsian oleh QD, PD, ID dan kemuncaknya oleh Tuan GID Rasid Kamisan dimana mereka semua berkongsi kejayaan dan kenapa memilih syarikat 4life sebagai satu peluang perniagaan. Acara diselang selikan dengan cabutan bertuah di mana hadiahnya berupa wang tunai, hamper dan produk 4life sepri TF Plus, dan Riovida Jus.

Acara berakhir dengan acara bertukar-tukar hadiah dikalangan ahli winners. dan tamat jam 11.30 malam.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan bersama-sama memeriahkan acara.
Tuan GID Rasid Kamisan, Pn Hasnita dan Prof Hapipah

Hadiah Cabutan Bertuah dan Hadiah Pakaian Tercantik
Diantara hadiah-hadiah yang dibawa untuk bertukar-tukar dengan keluarga Winners

Hadiah Cabutan Bertuah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments